PENAWAR
HIKMAH, RAHSIA
DAN KHASIAT SURAH - SURAH DAN AYAT - AYAT AL QURAN AL KARIM
1.
BISMILLAH
(Dengan nama Allah)
Barangsiapa membaca sebanyak 21
kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan,
dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada
kematian terkejut. Dan barangsiapa membaca sebanyak 50 kali dihadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
2.
SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan)
Barangsiapa membacanya sebanyak 41
kali diantara sembahyang sunatnya,nescaya permintaannya di perkenankan, jika
sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
Barangsiapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya
rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya,serta bercahaya
rohaninya.
3.
AYAT
AL-KURSI (Kekuasaan Allah)
Barangsiapa membacanya sekali
selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan
syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika
dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan
kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan
kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan
darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut
bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk si pembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak
tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan
mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya
meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain
mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya
akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut
rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta
para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan:
Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000
kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan
1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
4.
SURAH
AL-BAQARAH (Sapi Betina)
Barangsiapa membaca dua ayat
terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari
segala bala bencana dan mara bahaya.
5.
SURAH
ALI-IMRAN (Keluarga Imran)
Barangsiapa membaca tiga ayat yang
pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit
dan terselamat dari gangguan jin.
6.
SURAH
AN-NISSA' (Perempuan)
Barangsiapa yang membaca ayat yang
ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
7.
SURAH
AL-MAIDAH (Hidangan)
Barang siapa membaca ayat yang ke 7
dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya
Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa
membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum
kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
8.
SURAH
AL-AN'AM (Binatang Ternak)
Barang siapa membacanya sebanyak 7
kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari
surah ini,dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan
tenggelam.
9.
SURAH
AL-A'RAAF (Benteng Tinggi)
Barang kali membaca ayat 23 dari
surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu,lalu beristighfar kepada Allah,
nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah
ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat
rahmat Allah.
10.
SURAH AL-
ANFAL (Rampasan)
Barang siapa membaca ayat 62 dan 63
dari surah ini, nescaya dia akan dicintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
11.
SURAH
AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan)
Barangsiapa membacanya, nescaya
akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa
membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan,
nescaya akan maju perniagaannya itu.
12.
SURAH YUNUS
(Yunus)
Barangsiapa membaca ayat 31dari
surah ini, keatas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.Barangsiapa
membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang
buruk dan mengigau.
13.
SURAH
AL-HUD (Hud)
Barang siapa membaca, nescaya ia
akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini,pada setiap masa, nescaya ia akan
terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang
siapa membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap
sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
14.
SURAH YUSUF
(Yusuf)
Barang siapa membacanya, akan di
murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat
64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang
siapa membaca ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan
kepada anak-anaknya.
15.
SURAH
AR-RA'D (Petir)
Barang siapa membaca ayat 13 dari
surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari
surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
16.
SURAH
IBRAHIM (Ibrahim)
Barang siapa membaca ayat-ayat 32
hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari
perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
17.
SURAH
AL-IIIJ'R (Batu Gunung)
Barang siapa membaca 3 ayat yang
terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur,
nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
18.
SURAH BANI
ISRAIL (anak-anak Israil)
Barang siapa membacanya ke atas
air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang
gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang
dari perjalanan, nescaya dia akan
dimuliakan dan dihormati oleh orang-orang yang setempat dengannya.
19.
SURAH
AL-KAHF (Gua)
Barang siapa membacanya, akan
terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam
Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
20.
SURAH
MARYAM (Maryam)
Barang siapa membacanya, nescaya
akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
21.
SURAH
THAAHAA (Hai Manusia)
Barang siapa membacanya, nescaya
Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala
maksudnya.Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali,
tiap-tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya
akan sempurna.
22.
SURAH AL
ANBIYA (Nabi-Nabi)
Barang siapa membaca ayat 83 dari
surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s.w.t
.
23.
SURAH
AL-HAJ (Haji)
Barang siapa membacanya,
Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
24.
SURAH
AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin)
Barang siapa membacanya ke atas
air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras,nescaya dia
tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini,
nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat
dari kecurian dan serangan musuh.
25.
SURAH
AN-NUUR (Cahaya)
Barang siapa membacanya, nescaya ia
akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari
surah ini,pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani
oleh orang ramai.
26.
SURAH
AL-FURQAN (Pembaca)
Barang siapa membacanya sebanyak 3
kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya
Rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan
ular-ular yang bisa.
27.
SURAH
ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair)
Barang siapa membaca ayat 130 dari
surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh
binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
28.
SURAH
AN-NAML (Semut)
Barang siapa membacanya
nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
29.
SURAH
AL-QA-SHASH (Cerita)
Barang siapa membacanya ke atas
pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang
siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan
cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
30.
SURAH
AL-ANKABUT (Labah-labah)
Barang siapa membacanya, nescaya
demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari
gelisah dan keluh kesah.
31.
SURAH
AR-RUM (Rum)
Barang siapa membacanya, nescaya
Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
32.
SURAH
LUQMAN (Luqman)
Barang siapa membacanya, nescaya ia
akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.
Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari
bencana banjir.
33.
SURAH
AS-SAJ DAH (Sujud)
Barang siapa membaca ayat-ayat 7
hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan
terhindar dari segala-gala penyakit ruhani dan jasmani.
34.
SURAH
AL-AHZAB (Golongan-golongan)
Barang siapa membaca ayat-ayat 45
hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan
sejati.Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya
Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
35.
SURAH SABA'
(Saba')
Dengan membacanya, terselamatlah ia
dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
36.
SURAH
FAATHIR (Pencipta)
Barang siapa membaca ayat-ayat 29
dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.
37.
SURAH
YAASIIN (Hai Manusia)
Nabi kita Muhammad s.a.w bersabda :
"Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah
Yaasiin." Yaasiin kerana Allah,
nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.."
Dalam satu hadith yang lain Baginda
s.a.w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas
pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul-maut, nescaya Allah s.w.t akan
meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula
Baginda s.a.w bersabda : Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh
tiap-tiap umatku." Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan
tercapai segala hajat dan cita-citanya.Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali
pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa
kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali
ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam
itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap
sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika
dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah
akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan
pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak
benar di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh
anda sekalian.
38.
SURAH
ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris)
Barang siapa membacanya, insya
Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
39.
SURAH SHAAD
(Shaad)
Dengan membaca ayat 42 dari
surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
From : jelani@celcom.com.my
Tidak ada komentar:
Posting Komentar