Selasa, 28 Februari 2012

Akhlak Yang Baik


AKHLAK YANG BAIK

q  Berperang pada jalan Allah (mempertahankan agamaNya), dengan harta dan jiwa

"Keluarlah kamu ke medan peperangan dengan berjalan kaki atau berkenderaan dan berperanglah kamu dengan hartamu dan dirimu pada jalan ALlah. Demikianlah yang lebih baik bagimu, jika kamu ada mengetahui." (Surah At-Taubah, ayat 41)
"Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat. " ( As-Syu'Araa, 214)

q  Bertanya tentang soal agama kepada orang ahli Quran (alim) jika tidak tahu

"Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui." (Surah An-Nahl, ayat 43)

Keterangan ayat 43 :

Tiadalah Allah mengutus rasul-rasul sebelum Nabi Muhammad SAW, melainkan semuanya itu adalah lelaki yang menerima wahi daripada Allah. Maka tanyakanlah kepada ahli zikir (ahli kitab) jika kamu tiada mengetahui. Ayat ini menegaskan bahawa jika kita tidak mengetahui (tiada berilmu), hendaklah bertanya kepaa ahli kitab (Quran), sebagai anjuran, supaya tiap-tiap orang bertanya dan menuntut ilmu pengetahuan kepada orang yang ahlinya. Sebab itu orang-orang Islam tidak boleh tinggal bodoh, melainkan harus berilmu pengetahuan.

Allah menurunkan zikir (kitab Quran) kepada Nabi Muhammad SAW, supaya Nabi Muhammad SAW menerangkan kepada manusia apa-apa yang diturunkan Allah kepada mereka. Makan kewajiban Nabi, ialah menyampaikan Quran kepada manusia serta menerangkan isi dan maksudnya. Maka suruhan mengerjakan sembahyang misalnya, Nabi menyampaikan suruhan itu serta menerangkan cara mengerjakannya, begitu juga suruhan puasa, zakat, haji, dsb. Maka Nabi menyampaikan suruhan itu serta menerangkan cara melaksanakannya.

Sebab itu haruslah (wajiblah) cara sembahyang kita, puasa kita, haji kita seperti cara yang diterangkan Nabi kepada sahabat-sahabatnya dan turun temurun sampai kepada kita sekarang ini. Maka tidak diterima Allah sembahyang yang dibikin-bikin orang menurut kemahuannya sendiri, seperti sembahyang batin dsb, bahkan mestilah seperti cara sembahyang Nabi SAW. Sebab itulah dalam agama Islam wajib kita mengikut kitab (Quran) dan Sunnah Nabi, yang menerangkan maksud Quran itu.

q  Berterima kasih kepada Allah (dengan mengikut perintah-Nya)

"Hanya kamu menyembah berhala (patung) selain daripada Allah, dan kamu memperbuat bohong. Orang-orang (berhala) yang kamu sembah, selain daripada Allah itu, tiadalah ia memberikan rezeki kepadamu. Sebab itu tuntutlah rezeki daripada Allah dan sembahlah Dia serta berterima kasihlah kepadaNya, nanti kamu bakal kembali kehadratNya."
(Surah Al-Ankabut, ayat 17)

q  Berwudhu' tatkala hendak sembahyang (tayamum kalau tak ada air)

[Berwudhu' iaitu membasuh muka, dua tangan serta dua mata siku, menyapu kepala, dan membasuh kaki serta dua mata kaki. Tayamum, iaitu menyapu muka dan dua tangan dengan tanah yang bersih (debu daripada tanah yg suci). Semua itu kerana ALlah]

"Hai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang, hendaklah basuh (cuci) mukamu, kedua tanganmu hingga dua siku, dan sapulah kepalamu dan kakimu, hingga dua mata kaki. Jika kamu junub hendaklah kamu mandi! Jika kamu dalam sakit atau tengah berjalan atau sudah bersetubuh dengan perempuan, maka kamu tiada memperoleh air, hendaklah kamu memakai tanah yang suci (tayamum), maka sapulah mukamu dengan dia dan kedua tanganmu. Allah tiada menghendaki kesempitan bagimu, tetapi menghendaki supaya kamu bersih dan menyempurnakan nikmatNya atasmu, mudah-mudahan kamu berterima kasih kepadaNya."  (Surah Al-Maa-idah, ayat 6)

Keterangan ayat 6


Jika kamu hendak sembahyang, wajiblah lebih dahulu berwudhu' iaitu :
1.      Membasuh muka (mencucinya), mulai dari rambut kepala sampai ke bawah dagu, dan dari telinga kanan sampai ke telinga kiri
2.      Membasuh kedua tangan hingga ke dua siku.
3.      Menyapu sebahagian kepala
4.      Membasuh kedua kaki hingga dua mata kaki.
Tetapi jika seseorang memakai sepatu dan susah membukanya tiap-tiap kali berwudhu', maka haruslah menyapu sepatu itu untuk ganti membasuh kaki. Semua pekerjaan hendaklah dikerjakan atas nama Allah dan kerana mengikut perintahNya.

Jika seseorang telah berwudhu', bolehlah dia mengerjakan sembahyang dua tiga kali atau lebih, kecuali jika wudhu' itu telah batal. Maka waktu itu mestilah diulang wudhu' itu sekali lagi.

Adapun yang membatalkan wudhu' itu iaitu :

1.      Buang air kecil atau air besar
2.      Keluar angin (kentut) dan apa-apa yang keluar dari dubur atau kemaluan.
3.      Tidur nyenyak. Adapun tidur sedang duduk maka tiadalah batal wudhu' kerananya.
4.      Mabuk/ hilang akal.

Apa-apa yang tersebut itu membatalkan wudhu' dengan sepakat beberapa ulama.

5.      Bersentuh lelaki dengan perempuan yang tiada muhrim
6.      Menyentuh dubur atau kemaluan dengan telapak tangan
Tetapi yang dua ini cuma membatalkan wudhu' menurut mazhab Syafi'i

q  Berwudhu' sekali lagi kalau wudhu' itu telah batal, iaitu jika mabuk, hilang akal, tidur berguling, buang air kecil atau besar, kentut, bersentuh dengan perempuan kata Imam Syafi'i

"Hai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu kerjakan sembahyang ketika kamu dalam mabuk, kecuali jika kamu telah mengetahui apa-apa yang kamu katakan, begitu juga janganlah kamu kerjakan sembahyang ketika kamu sedang dalam junub (campur dengan isterimu), kecuali melalui jalan tempat sembahyang sahaja; sehingga kamu mandi lebih dahulu. Jika kamu sakit atau tengah berjalan atau datang daripada tempat buang air atau kamu sudah campur dengan isterimu, tetapi tiada kamu beroleh air buat bersuci (mandi), maka hendaklah kamu tayamum dengan tanah yang bersih, iaitu bahawa kamu sapu mukamu dan kedua tanganmu dengan tanah itu. Sesungguhnya Allah pemaaf dan pengampun." (Surah An-Nisaa', ayat 43)

Keterangan ayat 22

Janganlah kamu mengerjakan sembahyang sedang kamu dalam keadaan mabuk, kecuali jika telah sempurna kembali akalmu. Begitu juga janganlah kamu sembahyang sesudah kamu campur dengan isterimu, melainkan hendaklah mandi terlebih dahulu kerana memang mandi itu menyegarkan dan menambah kekuatan badan. Tetapi jika kamu sakit atau dalam perjalanan maka
bolehlah tayamum sahaja, iaitu hendaklah kamu ambil debu yang suci, kemudian kamu sapukan ke mukamu dan kedua tanganmu hingga pergelangan, kata Syafi'i sampai kepada kedua siku. Maka adalah tayamum itu untuk ganti mandi atau ganti wudhu', di waktu ketiadaan air atau kerana sakit.

Hikmah tayamum itu ialah supaya ia merupakan sebahagian pekerjaan wudhu', waktu berhalangan memakai air. Gunanya supaya kita terdidik membiasakan kebersihan tiap-tiap waktu. Jika tak ada air untuk membersihkannya, kita pakai sahaja tanah yang bersih supaya jangan lupa kebiasaan itu. Tetapi jika ditinggalkan sahaja kebiasaan itu kerana keuzuran, nescaya terbiasalah kita meninggalkannya di waktu tak ada keuzuran. Maka membiasakan dan mengatur tiap-tipa pekerjaan pada waktunya yang tertentu, adalah perkara yang penting sekali dalam pendidikan dan peraturan.

q  Hemat cermat bersiap dalam peperangan

"Hai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu hemat dan hati-hati menghadapi musuhmu, bangunlah memerangi mereka dengan bercerai-cerai atau menghadapinya dengan satu kumpulan." (Surah An-Nisaa', ayat 71)

Keterangan ayat 23 :

Dalam ayat ini Allah menerangkan bagaimana cara menghadapi musuhmu, iaitu hendaklah kamu waspada dan bersiap sedia menghadapi musuhmu, iaitu dengan menyiapkan alat senjata yang tak kurang mutunya dari alat senjata musuhmu itu. Sebab itu haruslah diketahui hal ehwal musuh, persiapannya, kekuatannya, dan alat senjatanya. Bahkan haruslah sebahagian kaum muslimin mempelajari ilmu pengetahuan, bagaimana cara memperbuat alat senjata itu dan ilmu ketenteraan, mahupun angkatan darat, laut, ataupun udara. Kalau tidak berdosalah kaum muslimin seluruhnya. Berkata Abu Bakar r.a. "Perangilah musuhmu itu dengan seumpama senjata yang mereka pergunakan untuk memerangi kamu, pedang lawan pedang, lembing lawan lembing." Pada masa sekarang, tentu senapang lawan senapang, meriam lawan meriam, bom lawan bom, kapal selam lawan kapal selam, kapal terbang lawan kapal terbang, dsb. Beginilah perkataan, perbuatan Nabi SAW dan sahabat-sahabatnya zaman dahulukala untuk menghadapi musuhnya, bukan dengan semata-mata do'a dan tawakkal sahaja, dengan tiada waspada dan siap sedia.

Prof H Mahmud Yunus
Tafsir Quran Karim

Tidak ada komentar:

Posting Komentar