Adab Suami memelihara Isteri
Dari kitab sirilsalikin
1.
Apabila hendak bernikah, buatlah jamuan kenduri kawin.
2.
Hendaklah membaiki perangai isteri dan menanggung kesakitan daripada
kasih sayang atasnya dan sabar. Sabda Nabi saw, "Barangsiapa bersabar atas
perangai buruk isterinya , ia dianugerahkan oleh Allah pahala seperti diberi
pada nabi Ayub dan barangsiapa bersabar atas perangai buruk suaminya niscaya ia
dianuagerahi oleh Allah pahala seperti Asiah isteri Fir'aun.
3.
Hendaklah menegur dan marah akan dia jika ada perbuatan yang menyalahi
syariat (yang disukai oleh nafsu perempuan itu menyalahi syariat.
4.
Sabda Nabi saw, "Binasa dan jahat lelaki yang jadi hamba
isterinya. Apabila mengikut seorang lelaki akan isterinya dalam sesuatu yang
disukai oleh hawa nafsu isterinya , jadilah dia hamba isterinya dan binasalah dia dan jadilah dia diperintah oleh
isterinya (dirinya jadi milik perempuan dan bukan sebaliknya)
5.
Cemburu secara pertengahan.
6.
Jangan biarkan isterinya berkata-kata dengan lelaki lain atau biarkan lelaki
lain masuk ke rumahnya tanpa ia ada di rumah tetapi jangan berlebihan sehingga
jahat sangka akan isterinya tanpa sesuatu sebab atau alasan. Contohnya..seperti
mengintai dan memeriksa akan kejahatan
isterinya dan lain-lain.
7.
Suami hendaklah mengajar fardhu ain termasuk hukum haid kepada
isterinya.
8.
Suami hendaklah memerintah isterinya supaya sembahyang. Jika tak ikut
perintah ini, tidurlah berasingan 1 hingga 3 malam.sekiranya tak mahu jua,
pukul sedikit tidak melukakan atau memecahkan tulang isterinya.
9.
Suami hendaklah meredhai isterinya
untuk masuk surga bila dia mat.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar