AKIBAT MAKSIAT
Maksiat lawannya taat.
Kedua-duanya, hanya Allah swt yang tahu. Maksiat ada kesannya, taat pun ada
kesannya tersendiri. Ketaatan menjadi suatu yang manis bagi si Mukmin, manakala
maksiat adalah suatu kelazatan bagi mereka yang engkar. Sesungguhnya maksiat
dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan akhirat. Mukmin,
sentiasa berhati-hati dalam kehidupan sehariannya agar tidak terperangkap dalam
kemaksiatan. Walaupun hanya Allah
swt yang tahu semua tindakan
ketaatan dan juga kemaksiatan insan, kesan dan pengaruhnya dapat dilihat semasa
hidup di dunia.
1.
Tidak Mendapat Ilmu
2.
Tidak Mendapat Rezeki
3.
Kerisauan dan Kesepian
Hati
4.
Banyak Mendapat
Kesulitan
5.
Kegelapan di dalam hati
6.
Melemahkan Hati dan
Badan
7.
Kehilangan ketaatan
8.
Mengurangi umur dan
mengikis berkah
1. Tidak
Mendapatkan Ilmu
Ilmu adalah sinar yang diletakkan Allah swt ke dalam
hati. Sedangkan maksiat memadamkan sinar tersebut. Pernah Imam Malik
menasihatkan Imam Syafie yang belajar dengarnya, "Saya melihat Allah swt
telah meletakkan sinar dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan
maksiat." Imam Syafie juga pernah mengeluh, "Saya mengeluh kepada
Waki', hafalanku jelek; lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan
maksiat." Sambung Waki', "Ketahuilah bahawa ilmu itu anugerah, dan
Allah swt tidak berikan kepada pelaku maksiat."
2. Tidak
Mendapatkan Rezeki
Dalam Musnad Imam Ahmad, "Sesungguhnya seorang
hamba tidak mendapatkan rezeki kerana dosa yang diperbuat." Sememangnya
jelas bahawa taqwa kepada Allah swt itu mendapatkan rezeki, sedangkan
meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan.
3. Kerisauan
dan Kesepian di Hati
Antara hati seorang insan pelaku maksiat dengan
Allah swt, tidak ada keseimbangan dan keterkaitan yang dirasai sebagai
kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian.
Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya, tidak akan mampu
mengimbangi keresahan tersebut.Tidak ada yang lebih pahit dalam hati insan
daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan
orang lain, lebih-lebih lagi dari orang-orang yang sebelumnya baik dengannya.
Bilamana perasaan keterasingan itu menjadi kuat, maka dia akan menjauhkan
dirinya dari lingkungan orang-orang tadi. Akhirnya, jika hati yang terasa
terasing itu banyak melakukan maksiat, dia akan mendekati kelompok syaitan, dan
jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah swt. Kesan seterusnya, perasaan
keterasingan itu akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa terasing dari
keluarganya serta anak-anaknya, dan ini akan terus menambahkan kerisauan dan
tertekan dalam dirinya.
4. Banyak
mendapat kesulitan
Orang yang tidak bertaqwa akan mendapat kesukaran
dalam berbagai urusannya. Kehidupannya banyak menemui kesulitan, jalan buntu
dan jalan penyelesaian yang serba sulit.
5. Kegelapan
dalam hatinya
Kegelapan dalam hatinya akan sungguh-sungguh ia
rasakan seperti gelap pekatnya malam. Bila ia diberi petunjuk, maka kegelapan
maksiatnya itu masuk menutupi hatinya. Berkata Abdullah bin Abbas,
"Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati,
kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai
orang terhadap dirinya. Adapun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada
wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan rasa benci
kepadanya di hati ramai orang."
6. Melemahkan
hati dan badan
Orang Mukmin itu kekuatannya terletak pada hati.
Bilamana hatinya kuat, badannya pun menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat
dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat, namun hatinya paling lemah.
Bayangkan, kekuatan badan orang-orang Persia dan Romawi dapat dihancurkan oleh
orang-orang Mukmin dengan kekuatan hati yang kuat imannya kepada Allah swt.
7. Kehilangan
ketaatan
Tidak ada hukuman bagi suatu dosa, kecuali hukuman
itu adalah terhalangnya seseorang dari ketaatan terhadap Allah swt. Juga akan
terputuslah jalan-jalan kebaikan yang lainnya, sedangkan ketaatan itu lebih
baik daripada dunia seisinya.
8. Mengurangi
umur dan mengikis berkah
Sebahagian ulama mengatakan, bahawa kurangnya umur
orang yang suka melakukan maksiat ialah kerana hilangnya berkah umurnya. Hidup
ini sebenarnya adalah kehidupan hati. Umur manusia selama waktu-waktu hidupnya
sentiasa bersama Allah swt, itulah yang merupakan waktu-waktu umurnya. Bila
hidupnya berpaling dari Allah swt dan sibuk dalam kemaksiatan, akan hilanglah
hari-hari hidupnya yang hakiki. Sehingga pada akhirnya orang itu akan berkata :
"Aduhai, sekiranya dulu saya berbuat untuk hidupku sekarang ini."
(Al-Fajr:24).
[Rujukan: Ibn Qoyyim, "Terapi
Penyakit Hati"]
Tidak ada komentar:
Posting Komentar