Minggu, 22 April 2012

Rumah Tangga


PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA


BAB I

I.                   PERSIAPAN MENCAPAI KELUARGA BAHAGIA


Allah Yang Maha Kuasa, dengan Iradah-Nya diciptakan manusia dari satu jiwa, kemudian diciptakan pula pasangannya supaya bersemi ketenangan, kesenangan dan kedamaian.        Allah melimpahkan sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim-Nya ke lubuk jiwa manusia dengan perasaan cinta serta melimpahkan rasa kasih sayang sebagai landasan kebahagiaan keluarga dalam sebuah rumah tangga. Allah berfirman (Surah Ar-Rum : 21), yang bermaksud : "Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah ialah menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir."
Walaupun perasaan cinta dan kasih sayang merupakan fitrah dari Allah, tetapi kita perlu sedar bahawa keabadian cinta itu tidak diperolehi sebagai satu anugerah tanpa diiringi dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Sikap berhati-hati dalam menentukan pilihan untuk pasangan hidup merupakan ciri khas dari insan budiman. Sekiranya salah membuat pilihan, berarti sepanjang hayat menanggung penyesalan. Sikap memilih dan ingin dipilih adalah hak bagi setiap manusia. Adalah tidak adil rasanya dunia ini, jika pilihan hanya dibolehkan untuk kaum lelaki.

A.  Memilih pasangan hidup

Dalam kehidupan bermasyarakat, perkahwinan dan pernikahan sangat diperlukan. Tujuannya adalah untuk meneruskan kehidupan umat manusia di bumi ini. Perkawinan merupakan fitrah bagi setiap makhluk Allah dan menjadi asas bagi melanjutkan bahtera kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, seringkali kita dengar ungkapan; jodoh pertemuan, ajal maut di tangan Tuhan. Pendapat ini baik kerana ia dapat mendidik manusia dengan sifat qana'ah (bersyukur dengan apa yang ada) tetapi ujud pula manusia yang terlalu cepat menyerah kepada takdir, tanpa sebarang usaha.

Beberapa pendapat tentang jodoh :

1.     Jodoh merupakan takdir semata "Jodoh di tangan Tuhan, manusia mesti menerima jodohnya, baik ataupun buruk". Pendapat ini sangat besar pengaruhnya dan berkembang luas dalam masyarakat, tapi sayang pendapat ini kurang tepat. Jika pendapat tersebut hanya bermaksud : "Jodoh di tangan Tuhan maka ada kebenarannya. Tetapi ayat yang seterusnya terkeluar dari hakikat sebenar. Kekeliruan yang nyata sebagai bukti lemahnya pendapat itu ialah seringkali menyalahkan Tuhan bila berlaku kegagalan. Seringkali kita dengar, "Sudah takdir Tuhan, jodoh saya tak panjang ". Daripada pendapat itu, adakah Tuhan bersalah memutuskan perhubungan hambanya? Hakikat sebenarnya, siapa yang memutuskannya.
2.     Jodoh merupakan takdir dan perlu mencari "Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk         mencari dan memilih jodoh.
3.     Wajib berikhtiar sesuai dengan ketentuan Allah "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.      

Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1.     Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.
2.     Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3.     Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4.     Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orangtua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam. Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut :

i.       Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumah tangga
ii.     Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii.   Pasangan ideal dalam arti :
·         bersikap baik terhadap isteri
·         dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
·         menerima kekurangan dan kelemahan isteri
·         dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
·         dapat menjaga kewibawa isteri
·         dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
·         dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv.   Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v.     Pasangan yang baik lahir dan batin

B.  Sikap lelaki dan wanita yang diredai Allah

Islam menyuruh umatnya berkerjasama membina umat yang luhur. Cara yang paling utama islah membina keluarga yang utuh. Oleh itu perkahwinan memang dituntut di dalam Islam kerana dari perkahwinan boleh melahirkan kebaikan-kebaikan dengan berlandaskan ajaran Islam.

C.    Suami yang diingini wanita

Keseluruhannya, suami yang diingini oleh setiap wanita ialah lelaki yang beragama dan berakhlak mulia.

D.    Persediaan diri untuk berkahwin

1.     Umur yang cukup dewasa Kedewasaan bermaksud :
·         dewasa fizikal
·         dewasa intelektual, bersifat objektif terhadap diri sendiri. Ia mengakui kekurangannya, berkeinginan memeriksa motif tindakannya sendiri.
·         dewasa emosi, tahu mengawal diri ketika marah dan sebagainya
·         dewasa sosial, mempunyai hubungan kekeluargaan yang harmoni, mampu menyesuaikan diri dengan masyarakat di mana ia berada.
·         dewasa moral, memahami hal orang lain dan selalu mempertimbangkan             akibat perbuatannya terhadap orang lain.

Ringkasnya, umur yang sebaiknya bagi lelaki ialah antara 25 - 30 tahun dan bagi wanita ialah antara 20 - 25 tahun. Penentuan umur ini sebenarnya banyak bergantung kepada iklim dan adat istiadat sesuatu tempat
2.     Bekal menyara hidup
3.     Mempunyai pengetahuan berumahtangga. Pengetahuan berumahtangga dianggap mudah oleh lelaki sehingga ilmu-ilmu itu biasanya tidak dipelajari. Ini hanya disadari apabila telah berumahtangga. Di saat ini barulah diketahui banyak masalah yang perlu dihadapi.
4.     Sehat jasmani dan rohani. Perkahwinan adalah percampuran lahiriah dan batiniah lelaki dan perempuan. Oleh itu keadaan kesihatan jasmani dan rohani amat diperlukan.

E.    Memilih isteri idaman

Ada beberapa faktor dalam memilih isteri :

1.     Faktor keagamaan dan akhlak
2.     Faktor kecantikan dan kekayaan
3.     Faktor keturunan dan kesuburan

Sifat-sifat wanita yang mulia:

1.        Wanita yang tidak suka menuntut perkara-perkara yang akan membebankan suaminya
2.        Wanita yang tidak suka berhias untuk lelaki bukan muhrimnya
3.        Wanita yang menjauhkan diri dari sifat-sifat tercela.
4.        Wanita yang tidak meninggikan suara melebih suara suaminya
5.        Tidak keluar rumah tanpa izin suaminya
6.        Tidak membelanjakan harta suaminya tanpa izin suaminya
7.        Menjalankan kewajipan terhadap ajaran agama
8.        Tidak menuntut cerai atau talak.
9.        Tidak cepat cemburu pada sesuatu yang belum pasti.
10.    Berbuat baik dalam menjalinkan hubungan dengan keluarga suami.
11.    Tahan menderita ketika suami ditimpa musibah.


BAB II

II.                SUAMI YANG MEMENUHI KEWAJIBAN


A.    Suami Teladan ialah:

·         Suami yang selalu mengerjakan perintah Allah dan menjauhkan laranganNya. Selalu menjaga hubungan dengan isterinya serta melaksanakan tanggungjawab sesuai dengan kemampuannya. Ia selalu berterus terang dengan isterinya. Jika ia mempunyai kekurangan, ia akan menyatakan kepada isterinya.
·         Suami yang baik, tidak menyembunyikan rahsia yang tidak disenangi isterinya. Apabila berkata-kata dengan isterinya dengan cara lembut dan bersopan santun.
·         Suami yang soleh, selalu membimbing isterinya, menghiburkan isterinya, berbincang-bincang, menghargai pandangan isterinya dan sebagainya.
·         Suami yang menganggap isterinya sebagai kekasih dan sahabat. Tidak mudah cemburu. Mempunyai keyakinan dan menaruh kepercayaan terhadap isterinya.
·         Suami yang bijaksana, suami yang sanggup menjadi pemimpin rumahtangga. Suami yang layak menjadi pemimpin sekurang-kurangnya mempunyai ciri-ciri berikut iaitu :
à         Tubuh badan yang sempurna : sanggup melaksanakan tanggupjawabnya dengan kesempurnaan anggotanya. Ini bermaksud selagi mampu memenuhi keperluan zahir dan batin.
à         Akal fikiran yang sempurna : berfikiran positif.
à         Pengetahuan agama yang sempurna : untuk membimbing ahli keluarganya mengamalkan ajaran agama sebagai panduan hidup
à         Membelanjakan sebahagian harta : mencari nafkah untuk menyara hidup ahli keluarganya

B.   Keperibadian Suami yang menjadi Impian isteri

1.     Penuh kerinduan dan kasih sayang
2.     Mencintai
3.     Gagah dan berakhlak mulia
4.     Kaya dan bijaksana
5.     Memberikan cahaya kehidupan
6.     Menegakkan kebenaran
7.     Mulia di sisi Allah

C.    Ciri-ciri Suami Teladan

-        Suami yang soleh yang sentiasa menjalankan perintah Allah
-        Suami yang tidak sanggup melihat isterinya meringankan perintah Allah
-        suami yang bersikap mahu memaafkan dan membetulkan kesalahan isterinya.

-        Ciri-ciri suami yang soleh ialah:

1.      Mentaati Allah SWT dan Rasul-Nya dengan mengerjakan segala perintah dan menjauhi segala larangan.
2.      Mendirikan rumahtangga semata-mata kerana Allah SWT
3.      Melayani dan menasihati isteri dengan sebaik-baiknya
4.      Menjaga hati dan perasaan isteri
5.      Sentiasa bertolak ansur dan tidak meminta sesuatu yang di luar kemampuan isteri
6.      Bersabar dan menghindari daripada memukul isteri dengan pukulan yang memudaratkan
7.      Jangan mengeji isteri di hadapan orang lain ataupun memuji wanita lain di hadapan isteri.
8.      Bersabar dan menerima kelemahan isteri dengan hati yang terbuka
9.      Mengelakkan daripada terlalu mengikut kemahuan isteri kerana ia akan menjejaskan imej dan prestasi suami sebagai pemimpin
10.  Memberi nafkah kepada keluarga mengikut kemampuan
11.  Menyediakan keperluan dan tempat tinggal yang selesa
12.  Bertanggungjawab mendidik akhlak keluarganya
13.  Sentiasa mengambil berat tentang keselamatan mereka
14.  Memberikan kasih sayang dan berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan bersama.

-        Syarat mendirikan rumahtangga Islam agar mendapat keredhaan Allah SWT iaitu:

a.      Ahlinya berpendidikan Islam, berjiwa teguh, tenang dan damai.
b.      Suasana rumahtangga sentiasa riang dan penuh kegembiraan.
c.       Rumahtangga sentiasa bersih dan selesa
d.      Rumahtangga yang sentiasa memelihara dan menjauhi daripada perkara-perkara haram dan syubhat
e.       Ahli-ahlinya bersolat secara berjemaah
f.        Bersih hati, pancaindera dan anggota badan serta menjauhi sifat-sifat yang berlebih-lebihan ketika bersolek
g.      Memuliakan dan menghormati agama serta memandang tinggi akan nilai-nilai keperibadian muslim
h.      Anggota keluarga memiliki kesefahaman dan bijaksana dalam mentadbir rumahtangga
i.        Memilih calon suami/isteri berasaskan Islam
j.        Rumahtangga hendaklah sentiasa ke arah kebaikan dan kebajikan
k.      Dakwah Islamiah sentiasa terlaksana dalam rumahtangga.


D.    Suami yang penuh sentuhan kasih

           Ada 10 nasihat untuk suami dalam memahami hubungannya dengan isteri :

1.      Bersikap tegas dan lemah lembut terhadap isteri
Betapapun seorang wanita itu mempunyai kemampuan dan kemahuan yang tinggi, memiliki kemahiran serta percaya terhadap diri sendiri namun pada hakikatnya, ia masih ingin mencari perlindungan dengan seorang lelaki. Jika keinginan mencari perlindungan itu datangnya dari wanita, namun selalulanya ia merahsiakannya. Seandainya hajat nya tercapai, ia mengharapkan layanan yang lemah lembut dan amat            mengharapkan perlindungan dari lelaki yang bertanggungjawab. Sifat lemah lembut dan tegas ini harus dimiliki oleh lelaki kerana setiap isteri mengharapkan suaminya mampu menjadi pemimpin dalam rumahtangga yang dibina. Menjadi pemimpin bukan bermaksud menjadi "boss". Sifat tegas dan lemah lembut ini biarlah kena pada            tempatnya.

2.      Memberi pujian terhadap isteri
Peranan wanita sebagai ibu menyebabkan ia perlukan perlindungan daripada keyakinan. Hanya suami yang bijaksana dapat memberikan keyakinan kepada isterinya. Dengan cara memberikan penghargaan seperti pujian, hadiah ataupun ungkapan yang boleh menambahkan keyakinan dalam diri isteri. Jangan merasa hairan jika seorang wanita selalu bertanya kepada pasangannya, "Adakah engkau cinta padaku? ". Pertanyaan ini bukan bermakna ia tidak percaya kepada pasangannya tetapi ia menginginkan keyakinan untuk dirinya. Oleh itu, suami usah jemu dengan ungkapan itu, malah berusahalah untuk mengerti hakikat seorang wanita.

3.      Menentukan batas tanggungjawab
Islam telah mengatur tanggungjawab terhadap  suami dan isteri. Suami berkewajipan mencari nafkah yang halal untuk kelurganya dan isteri pula berkewajipan melayan suami serta mengasuh anak-anak. Ini bukan bermakna tanggungjawab lain patut diabaikan, malah semua tanggungjawab lain seharusnya dipikul bersama mengikut keadaan masa dan tempat.

4.      Menghindari kritikan terhadap isteri

Kritikan bukan satu-satunya cara untuk menyelesaikan masalah. Ia boleh dilakukan, namun biarlah dengan lembut dan bertempat. Jangan sesudah bernikah, suami merasa berhak berkasar, mengkritik dan menghina isteri sewenang-wenangnya kerana banyak kesannya pada isteri. Suami yang terlalu banyak mengkritik isteri akan meninggalkan            kesan negatif terhadap isterinya iaitu:
a.      Perasaan isteri menjadi tertekan akibat menahan marah
b.      Menimbulkan pelbagai jenis penyakit fizikal akibat daripada perasaan kecewa dan tekanan batin.
c.       Isteri menjadi pemarah, pendiam, kadangkala hilang keinginan untuk bersama.
d.      Akibat selalu dikritik serta tidak dihargai, isteri akan kehilangan identiti dirinya sendiri
e.       Untuk menyenangkan hati, isteri akan menyalahkan anak-anak.
f.        Jika perasaannya terlalu tertekan, mungkin ia inginkan perceraian.

5.      Memperhatikan sesuatu yang romantik
Suami seringkali kurang memperhatikan keperluan yang tidak begitu penting seperti ulangtahun isteri, perkahwinan dan sebagainya.namun bagi wanita, hal sebegitu penting. Cinta bukan hanya berkaitan dengan perasaan tetapi juga berkaitan dengan aktiviti romantik yang mempunyai nilai yang bererti dalam diri wanita. Mungkin sesuatu yang tidak bererti pada lelaki namun ianya amat bernilai pada wanita. Oleh itu suami harus banyak mempelajari keperluan isteri dan tidak menganggap            remeh terhadap kepentingan isteri.

6.      Memahami isteri yang ingin selalu di samping suami

Setiap isteri selalu menginginkan serta merindukan untuk selalu bersama suaminya. Isteri selalu mengharapkan perhatian yang cukup dari suaminya. Kerana itu, suami yang baik akan berusaha meluangkan masa untuk bersama isterinya. Selalu bersama boleh meningkatkan kasih sayang.

7.      Menjaga perasaan aman dalam kehidupan isteri

Suami yang bertanggungjawab akan selalu memberikan rasa aman dan            tenteram terhadap perasaan isterinya, selalu berusaha menyelesaikan setiap masalah rumahtangga dengan secepat mungkin. Berusaha membantu menyelesaikan masalah isteri.

8.      Memahami gelora jiwa isteri

Wanita lebih mudah mengalami perubahan emosi jika dibandingkan dengan lelaki. Jika suami dapat menerima hakikat perubahan emosi isterinya, maka isterinya pasti dapat menerima suaminya sebagai orang yang dapat membimbing hidupnya.

9.      Membina kerjasama yang baik

Suami yang boleh diajak berbincang dan selalu bekerjasama dengan isterinya akan mampu mengujudkan keluarga bahagia.

10.  Memenuhi keperluan peribadi

Tidak ada dua wanita di dunia ini yang sama, kerana masing-masing memiliki peribadi yang khusus. Wanita mempunyai sifat yang unik baik dari segi emosi maupun keinginan. Suami yang bijaksana akan mudah memahami akan keperluan peribadi isterinya dan mampu melaksanakan tanggungjawabnya sesuai dengan kemampuan dirinya.

E.    Kewajipan Suami Dalam Rumahtangga

1.      Memenuhi mas kahwin isteri secara sempurna
2.      Memberi nafkah kepada isteri
3.      Menggaulinya dengan baik
a.      Memberi nafkah sesuai dengan kemampuan
b.      Sentiasa berbincang dengan isteri dalam segala hal
c.       Mengajak isteri bergurau senda, berlaku lemah lembut kepadanya, menghiburkan isteri supaya hatinya sentiasa gembira.
d.      Memaafkan lkeslaahan isterinya apalagi terhadap isteri yang berbudi pekerti mulia.
e.       Di hadapan isteri hendaklah menunjukkan keindahan dan kebaikan kerana isterinya juga menyenangi apa yg disenangi oleh suaminya.
f.        Membantu isteri dalam urusan rumahtangga terutama apabila isteri sakit atau sibuk dengan pekerjaannya.
g.      Tidak membuka rahsia isteri serta memperkatakannya dihadapan umum.
h.      Melindungi isteri dari api neraka.

4.      Cemburu hanya kerana agama dan kehormatan
Cemburu ini bermaksud, menjaga isteri dari segala sesuatu yang berbentuk pandangan, perkataan atau perasaan. Secara umum lelaki bersifat :
-        berani dan gagah perkasa
-        ingin menolong yang lemah
-        ingin berkuasa
-        kasar dan tamak
manakala  wanita bersifat :
-        lemah lembut
-        pemalu
-        mempunyai perasaan yang halus
-        bersopan santun
-        penyabar.
Sifat-sifat ini adalah bersesuaian dengan kewajipan dan tanggungjawab masing-masing.

5.      Membimbing isteri

Di samping memiliki sifat-safat yang baik, wanita juga mempunyai sifat buruk yang kadangkala merupakan sifat asal ataupun dari pengaruh luaran. Diantaranya:
a.      Mudah lupa dalam mengingati Allah. Kesibukan dengan harta kekayaan dan anak-anak kadang-kala membuat wanita lengah akan perintah Allah. Kelalaian ini              akan memberi peluang kepada hawa nafsu menguasainya.
b.      Mudah terpengaruh oleh tipu daya dunia. Kemilauan dunia sering membuat wanita terpedaya.
c.       Sering bersikap bangga dan bermegah-megah kepada orang lain

Dengan memahami sifat isteri, suami boleh membimbing dan menasihati isteri. Suami pula sepatutnya tahu bagaimana cara membetulkan isteri. Tersilap cara akan mengakibatkan perselisihan. Perselisihan dalam rumahtangga dapat dikurangkan sekiranya pasangan mengamalkan perangai yang baik seperti :
1.      Janganlah suami dan istri marah pada masa yang sama.
2.      Jangan mengeluarkan suara yang kuat antara satu sama lain
3.      Jika ada seorang yang harus menang dalam perselisihan, maka biarkanlah ia menang.
4.      Jika harus mengkritik pasangan, lakukanlah dengan sikap kasih sayang.
5.      Jangan mengungkit kembali kesalahan-kesalahan lalu
6.      Lebih baik tidak mempunyai masa untuk orang lain dari pada tidak mempunyai masa terhadap pasangan.
7.      Jangan tidur jika ada perselisihan belum diselesaikan
8.      Berkata sesuatu yang manis atau pujian pada pasangan kita sekurang-kurangnya sekali sehari.
9.      Jika bersalah, akuilah kesalahan dan meminta maaf.
10.  Jangan lupa bahawa perselisihan terjadi akibat dua orang
11.  dan biasanya org yang bersalah paling banyak berbicara.

6.     Membimbing anak

Seorang suami yang adalah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawabnya antaranya:
a.      Memberikan nama yang baik bagi anaknya
b.      Memberi nafkah
c.       Bertanggungjawab atas pendidikan anak dan sebagainya.

BAB 
Suami, Isteri dan Tanggungjawab

Indahnya hidup bersama Islam... lelaki dan wanita saling melengkapi.. tiada persaingan... tiada double standard... nilaian Allah pada amal dan taqwa...
Wahai lelaki... isterimu adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti bagaimana kamu menjaga amanah tersebut... anak-anakmu juga... adakah dididik dan dibasahi jiwanya dengan Islam...

Firman Allah :
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang patut. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal ALlah menjadikannya kebaikan yang banyak."  (An-Nisaa:19)

Nabi saw bersabda :
"Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli keluarganya (isterinya, anak-anaknya dan kerabatnya)."

Nabi saw bersabda :
"Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanat yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan shalat kepada isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada ALlah dan Rasul-Nya."

Diceritakan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda :

"Barangsiapa sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka ALlah memberinya pahala sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub a.s kerana sabar atas menerima percubaannya. Dan barangsiapa sabar atas budi pekerti suaminya yang jelek, maka ALlah akan memberikannya pahala sama dengan pahala Asiyah isteri Firaun."

Diceritakan dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda pada waktu haji wida' setelah beliau memuji ALlah dan menyanjung-Nya serta menasihati para hadirin :
"Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku utk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak bisa memiliki apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka janganlah kamu mencari jalan menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipan-kewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak boleh mempersilakan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang kamu benci, dan mereka tidak boleh mengizinkan masuk ke rumahmu kepada org yg kamu benci.

Nabi SAW bersabda :
"Hendaklah kamu memberikannya makan apabila engkau sendiri telah menikmati makanan kamu, hendaklah kamu memberikannya pakaian setelah engkau sendiri berpakaian, janganlah engkau menamparnya di bahagian muka,tidak juga menyumpah seranahnya dan meninggalkannya berseorangan melainkan di dalam kawasan rumah kamu."  (Abu Daud)

5  Tanggungjawab suami :

1.      Menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.
2.      Mengajarkan :
  1. ilmu tauhid supaya akidahnya betul dengan akidah ahli sunnah wal jamaah
  2. ilmu fiqah supaya segala ibadahnya betul dengan kehendak agama
  3. ilmu tasauf supaya ikhlas dalam beramal.

3.      Memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.
4.      Tidak menzalimi isteri iaitu dengan :
  1. memberi didikan agama yang sempurna
  2. memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
  3. memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat dan kesalahan.
  4. bila memukul jangan sampai melampau.



Rujukan :
  1.. Muslimah Sejati(Darul Nukman)
  2.. Suami Isteri Yang Soleh (Klang Book Centre) 
  3. Al-Khudri Bek Fiqih Wanita

Tidak ada komentar:

Posting Komentar