KHUTBAH SINGKAT
“Tawakkal Kepada Allah”
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُلِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ وَالْعَاقِبَةُ
لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشْرَفِ الْأَنْبِيَاءِ وَالْمُرْسَلِيْنَ
وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ اَجْمَعِيْنَ. أَشْهَدُ أَلاَّ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ لاَ نَبِيَّ بَعْدَهُ أَمَّا بَعْدُ : أَيُّهَا النَّاسُ
اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاَ تَمُوْتُنَّ اِلاَّ وَأَنْتُمْ
مُسْلِمُوْنَ. فَقَالَ الله تَعَالَى فِى الْقُرْآنِ الْكَرِيْمِ اَعُوْذُ بالله
مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ بِسْمِ الله الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ (الطلاق : 3)
Jemaah jumat
yang dirahmati Allah…
Sebagai
landasan khutbah kita pada jumat kali ini adalah Surah Ath-Thalaq Ayat 3 yang
telah kita bacakan pada awal khutbah tadi, yang artinya : “Dan Dia
memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa
bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan keperluannya.
Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya. Sungguh, Allah telah menentukan bagi
setiap sesuatu” QS 65:3.
Pernahkah
kita dalam mencapai suatu perkara, setelah kita berpenat lelah dan seratus
peratus meletakkan tenaga dan keupayaan kita dan setelah kita yakin kita telah
memberikan seluruh sumber yang ada namun hati kita masih resah seolah dunia
masih tidak mengiktiraf usaha kita? Mungkin kerana kealpaan kita, kita terlupa
yang Dia lah penentu segalanya. Dialah yang menentukan nilai rezeki dan setiap
sesuatu untuk setiap daripada kita. Firman Nya :
Tawakal daripada suku kata
perkataan arabnya bermaksud mewakilkan urusan kepada pihak yang lain. Dan
maksud ini dapat kita perluaskan lagi sebagai kepercayaan hati kepada
wakil satu-satunya.
Dalam kita meletakkan perwakilan bagi suatu urusan kita, pastinya wakil kita itu diyakini kebenarannya (muntahal-hidayah), diyakini yang paling kuat (muntahal-quwwah), diyakini paling lancar (muntahal-fashahah) dan juga diyakini paling perhatian dan kasih sayang (muntahas-syafaqah). Bukankah semua sifat ini hanyalah milik Dia? Adakah makhluk yang diciptakanNya mempunyai semua sifat dia atas untuk kita sandarkan kepercayaan kita? Mana mungkin kerana hanya dari Dialah segalanya datang, dan kepadaNya segalanya kembali.
Di dalam kita menghadapi cabaran, Allah telah menyuruh kita untuk berserah kepadaNya. Namun ini bukanlah bermakna kita tidak perlu melakukan apa-apa dalam kita mencapai sesuatu itu. Firmannya lagi:
Dalam kita meletakkan perwakilan bagi suatu urusan kita, pastinya wakil kita itu diyakini kebenarannya (muntahal-hidayah), diyakini yang paling kuat (muntahal-quwwah), diyakini paling lancar (muntahal-fashahah) dan juga diyakini paling perhatian dan kasih sayang (muntahas-syafaqah). Bukankah semua sifat ini hanyalah milik Dia? Adakah makhluk yang diciptakanNya mempunyai semua sifat dia atas untuk kita sandarkan kepercayaan kita? Mana mungkin kerana hanya dari Dialah segalanya datang, dan kepadaNya segalanya kembali.
Di dalam kita menghadapi cabaran, Allah telah menyuruh kita untuk berserah kepadaNya. Namun ini bukanlah bermakna kita tidak perlu melakukan apa-apa dalam kita mencapai sesuatu itu. Firmannya lagi:
“ ketika dua golongan
dari pihak kamu ingin mundur kerana takut, padahal Allah adalah Penolong
mereka. Kerana itu, hendaklah kepada Allah sahaja orang-orang mukmin
bertawakkal” QS 3;122
Bila kita hendak capai
sesuatu, keinginan dan cita-cita tu hanya akan jadi mimpi dan angan-angan
kosong yang tidak bernilai kalau kita tidak sertakan sekali dengan usaha.
Rezeki tidak datang bergolek kalau kita tidak ikhtiar untuk cari. Dan pada
usaha itulah hasil kita akan terjadi.
Tetapi usaha semata tidak
bernilai di sisi Allah jika kita hanya mengharapkan usaha kita sedangkan kita
lupa untuk meletakkan Allah sebagai yang Menentu. Jangan sekali kita meletakkan
usaha kita menjadi neraca hasil kerana bukankah itu seolah kita mengiktiraf
diri kita bagaikan berkuasa dan tidak perlu mengharap pada Ilahi?.Andai inilah
yang kita lakukan, secara sendirinya kita menghitamkan hati kita dengan riya’
dan takabbur. Sedangkan hasil suatu itu adalah ketentuanNya, nikmatnya untuk
memberikan menurut pertimbanganNya. Mungkin terjadi, mungkin tidak.
Namun Allah menjanjikan
nikmat yang tidak disangka-sangka bagi mereka yang bertawakkal. Rasulullah
bersabda :
“Jika kamu
bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benarnya tawakkal maka Allah memberikan
rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung, pagi keluar
sarang dalam keadaan lapar, dan petangnya pulang ke sarang dalam keadaan
kenyang.” HR At Tirmidziy.
Dalam bertawakal ada
peringkat-peringkat yang boleh dijadikan kayu ukur kebergantungan kita;
a.
Ketergantungan seseorang kepada
Allah atas perlindungan dan pemenuhan keinginannya, sebagaimana keterikatan
seorang pelanggan kepada pengacaranya. Ia menyerahkan sesuatu namun tiba suatu
saat ia dapat mengambil kembali perjanjian, dan menyerahkannya kepada pihak lain,
yang lebih dipercayai.
b.
Kebergantungan seseorang kepada
Allah bagaikan kebergantungan seoran bayi terhadap ibunya. Ia tidak mengenal
orang lain selain ibunya, tidak merengek dan meminta susu kecuali kepada
ibunya, ia tidak berserah diri kecuali kepada ibunya. Namun bayi itu dapat juga
berbuat sesuatu yang diinginkannya di luar pengetahuan orang tuanya.
Kebergantungannya kepada orang tau karena ketergantungan adanya keinginan yang
tiada pada orang lain, selain ibunya.
c.
Kebergantungan seseorang kepada
Allah bagaikan kebergantungan seorang jenazah terhadap orang yang
memandikannya. Si arwah tidak tahu lagi apa pun yang diperbuat oleh orang yang
memandikannya. Ia menyerah terhadap perlakuan apapun yang diberikan kepadanya.
Sidang
jemaah jumat rahimakumullah…
Maka kita
jejaki kembali tawakkal kita, adakah sudah kita benar-benar mengharapkan dari
Ilahi yang sepenuh-penuh takwa seperti yang dituntut ke atas kita. Bila kita
melakukan tawakkal, bukankah itu lebih tenang di hati kerana kita yakin Allah
telah menentukan rezeki untuk setiap kita yang masing-masing ada bahagian
sendiri. Bila kita yakin suatu rezeki itu ditentukan untuk kita, maka tidak
perlu kita takut untuk orang lain mendapatnya pula. Namun kita tidak akan tahu
apa rezeki yang akan diberikan kepada kita kerana suatu usaha itu mungkin tidak
mendatangkan hasil seperti yang kita harapkan. Mungkin lebih dari kita harapkan
atau mungkin lebih teruk daripada jangkaan kita. Tapi bagi seorang yang
hidupnya penuh dengan tawakkal kepada Allah tahu dan yakin bahawa itulah rezeki
yang ditetapkan untuknya yang datang bukan sebagai ganjaran atau balasan kepada
dia, namun sekadar ujian untuk menguji secebis iman di dada. Ini kerana dia
yakin, segala apa yang dilakukan di dunia adalah kerana untuk memetik
ganjarannya di syurga sana. Kita hanyalah penyemai benih keimanan dan
diindahkan dengan tawakkal kerana tawakkal itu satu daripada pembuktian iman,
yang meyakini Dialah segalanya, yang dinantikan bukan hasil dan ganjaran di
muka bumi, tetapi adalah ganjaran abadi syurga firdausi. Dan kerana itulah
orang yang benar bertawakkal, dia tidak akan takut untuk berusaha kerana tahu
rezekinya datang dengan tidak disangka-sangka, dia akan terus berusaha untuk
masa depannya, terus berusaha untuk mengatasi masalah yang dihadapinya
disamping berusaha mengelak musibah kepada dirinya kerana dia yakin, setiap
usaha yang dilakukannya hanyalah wasilah yang akan membenarkan dia untuk
menggapai cinta Ilahi di jannah Ilahi..
“Suatu tawakkal dan
keyakinan yang kuat tanpa ikhtiar yang mengiringinya maka tidaklah sempurna,
dan setinggi-tinggi ikhtiar akan sia-sia tanpa tawakkal, meyerah kepadaNya.
Tawakkal yang benar adalah ikhtiar yang semaksimum mungkin disertakan keyakinan
bahawa Dia lah penentu segalanya.”
Moga kita bertawakkal dengan
sebenar tawakkal, diiringi dengan keikhlasan semata untukNya.
فَاعْتَبِرُوْا
يَااُولِى الْأَبْصَارِ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُوْنَ
Khutbah Kedua
ااَلْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا
كَثِيْرًا كَمَا أَمَرَ. أَشْهَدُ أَلاَّ اِلَهَ اِلاَّ اللهُ
وَاَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَّسُوْلُ اللهِ. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ لاَ نَبِيَّ بَعْدَهُ أَمَّا بَعْدُ : أَيُّهَا النَّاسُ
اِتَّقُوا اللهَ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى فِى
الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ اَعُوْذُ بالله مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ بِسْمِ الله
الرَّحْمَانِ الرَّحِيْمِ (ال عمران : 122). إِنَّ اللهَ وَمَلَئِكَتَهُ
يُصَلُّوْنَ عَلَى النَّبِي يَآاَيُّهَا الَّذِيْنَ أَمَنُوْا صَلُّوْا عَلَيْهِ
وَسَلِّمُوْا تَسْلِيْمًا. اَللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ
مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ
وَبَارِمْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى
إَبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَهِيْمَ فِى الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ
مَّجِيْدٌ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ اَلأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالْأَمْواَتِ.
رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الْأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا
عَذَابَ النَّارِ. عِبَادَ اللهِ, إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ بِالْعَدْلِ
وَالْإِحْسَانِ وَإِتَاءِ ذِى الْقُرْبَى وَيَنْهَ عَنِ الْفَحْشَآءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَرُوْنَ وَلَذِكْرُ اللهِ
أَكْبَرُ. أَقِيْمُوا الًّصًّلَاةَ
Tidak ada komentar:
Posting Komentar